*SYARAT-SYARAT PENYEWAAN*
1 - SYARAT WAJIB : Membuat BAYARAN DEPOSIT RM 50.00 bagi tujuan pengesahan tempahan SEBELUM 3 HARI dari tarikh aktiviti bermula dan sebagai wang jaminan kebersihan dewan, harta benda Masjid Raja Lumu dan lain-lain.
2 - Bayaran boleh dijelaskan melalui akaun bank Masjid Raja Lumu:
BANK RAKYAT No. Akaun : 1102089155 atas nama MASJID RAJA LUMU.
3 - Sekiranya bayaran dijelaskan secara online sila WHATSAPP resit bayaran tuan/puan ke 0108655153
4 - Hanya permohonan yang diluluskan sahaja akan dibenarkan untuk sewaan.
5 - Kegagalan pihak tuan/puan, membuat bayaran sewaan, tempahan akan terbatal dengan sendirinya
6 - Sekiranya sewaan melebihi 4 jam, maka akan dikenakan caj sebanyak RM 50.00 bagi setiap 1 jam yang berikutnya.
7 - Kegagalan mematuhi tarikh/masa dengan sendirinya tempahan akan dianggap batal dan wang tidak akan dikembalikan.
8 - Menghormati waktu solat. ( Jika ada menggunakan lagu sila pastikan lagu yang bersesuaian dan berhenti seketika ketika azan berkumandang bagi menghormati azan)
9 - Sewaan bukan bertujuan untuk perkara yang menyalahi hukum agama/ undang-undang.
10 - Sila pastikan pemakaian adalah menutup aurat sepanjang berada di kawasan masjid dan TIDAK dibenarkan sama sekali merokok atau menghisap vape di kawasan masjid.
11 - Dilarang menyewa semula (meminda hak penyewaan) kepada orang lain.
12 - Dilarang membawa masuk makanan dan minuman yang haram di sisi agama islam.
13 - Pihak Pengurusan Masjid tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan yang berlaku ke atas mana mana individu.
14- Pihak Pengurusan Masjid tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta.
15 - Wang deposit akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan, kerosakan harta benda Masjid.
16 - Wang deposit akan ditahan sekiranya tidak dibersihkan sempurna selepas penggunaan.
17 - Sebarang kerosakan/kehilangan peralatan masjid perlulah diganti.
18 - Wang deposit akan dimasukkan ke dalam Tabung Masjid Raja Lumu akibat kesalahan di atas.
19 - Wang deposit akan dikembalikan setelah semua syarat-syarat yang dikenakan sama ada secara bertulis/lisan dipatuhi.
20 - Segala pertanyaan dan urusan boleh hubungi Ustaz Imran ( 0108655153 )